Ayam Grill Che' Nor

Hari ini kita cerita bab resepi pula dan resepinya adalah Ayam Grill Che' Nor.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
3 sudu Rempah Satay Che' Nor
3 sudu Sambal Garing Che' Nor
2 sudu gula



Cara membuatnya

1. Basuh ayam dengan asam jawa.


2. Potong ayam mengikut kesukaan. Biasanya sebesar 2 ibu jari.

3. Toskan ayam tadi dengan penapis.
4. Masukkan ke dalam besen dan campurkan rempah satay che' nor. Kemudian masukkan sambal garing che' nor dan juga gula. Terpulang kepada anda untuk menambah garam atau tidak, tapi bagi saya sambal garing sudah cukup rasa masinnya.

Masukkan Rempah Satay Che' Nor



Masukkan Sambal Garing Che' Nor. 

Tambah gula

Gaulkan

5. Selepas digaul perapkan selama 1 jam atau lebih. Kalau nak buat satay peraplah selama 3 jam lebih.

6. Selepas 1 jam, keluarkan grill, nak senang guna saje kuali Cap Ikan yang dah sedia bergrill di dalamkan dan paling best dah sedia penutup.
Panaskan kuali grill

taburkan minyak dan masukkan ayam perap tadi ke atas
kuali grill tadi
Tutup kuali beberapa ketika 5- 7 minit
Balik-balikkan ayam grill tadi
dan tutup semula kuali grill dan
masakkan selama 10 minit lagi
Siap Ayam Grill Che' Nor

Apa yang bagus cara pembungkusan sambal garing dan juga rempah satay che' nor adalah menggunakan seal aluminium bagi memberikan ketahanan jika tidak dibuka pada beberapa ketika. Kebiasaannya sambal garing che' nor boleh disimpan selama 6 bulan dan rempah satay che' nor pula tahan selama 1 tahun.












Popular posts from this blog

Tepung Buni-Apa tuh?

Kenapa sambal garing che' nor diminati ramai?