Posts

Showing posts from February, 2018

Tepung Buni-Apa tuh?

Image
Tepung Buni Che' Nor adalah tepung untuk masak ayam yang rangup, pedas dan menyelerakan. Bagaimana cara memasaknya, ikuti cara di bawah:- Bancuh Tepung dengan sedikit air, kemudian masukkan ayam ke dalam bancuhan tadi dan gaulkan. Kemudian gaulkan ke dalam tepung  buni Che' Nor sebelum menggorengnya.  Ayam yang di goreng bersama Tepung Buni Che' Nor.

Ayam Grill Che' Nor

Image
Hari ini kita cerita bab resepi pula dan resepinya adalah Ayam Grill Che' Nor. Bahan-bahan 1/2 ekor ayam 3 sudu Rempah Satay Che' Nor 3 sudu Sambal Garing Che' Nor 2 sudu gula Cara membuatnya 1. Basuh ayam dengan asam jawa. 2. Potong ayam mengikut kesukaan. Biasanya sebesar 2 ibu jari. 3. Toskan ayam tadi dengan penapis. 4. Masukkan ke dalam besen dan campurkan rempah satay che' nor. Kemudian masukkan sambal garing che' nor dan juga gula. Terpulang kepada anda untuk menambah garam atau tidak, tapi bagi saya sambal garing sudah cukup rasa masinnya. Masukkan Rempah Satay Che' Nor Masukkan Sambal Garing Che' Nor.  Tambah gula Gaulkan 5. Selepas digaul perapkan selama 1 jam atau lebih. Kalau nak buat satay peraplah selama 3 jam lebih. 6. Selepas 1 jam, keluarkan grill, nak senang guna saje kuali Cap Ikan yang dah sedia bergrill di dalamkan dan paling best dah sedia penutup. Panaskan kuali

Kenapa sambal garing che' nor diminati ramai?

Image
Kenapa sambal garing che' nor diminati ramai?  1. Boleh dimakan dengan nasi, roti, bubur nasi, mee, bihun dan kalau nak cuba roti canai pun boleh. 2. Boleh dimasak dalam kebanyakan menu, mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, sambal petai, sambal tumis dan kalau nak cuba boleh juga jadi inti karipap. Cubalah. 3. Makanan kecemasan, masa kau malas nak turun dari pejabat, beli roti pada pagi dan boleh je buat sandwich.  4. Makanan asrama, yang ni special untuk sesiapa yang ada anak sekolah/kolej, sambal garing che' nor boleh tahan sehingga 6 bulan kalau disimpan dalam suhu bilik. Boleh anak2 nak jadikannya sandwich ke dan sebagainya. 5. Makanan masa kau travel jauh2 naik kereta, kapal terbang (australia tak bolehlah-hehe) masa kau masuk negara yang susah nak cari makanan halal. 6. Ianya adalah ikan bilis garing yang dicampur dengan cili kering dan juga bawang yang dikisar. Suka je ratah bilis kadangkala.  :-) Ada banyak lagi sebab kalau nak cerita. Cukup sampai ni. Rega